PENCARIAN

Monday, September 19, 2011

Gaya Hidup Mafia Yakuza , Jepun



Gambar-gambar menarik lagi exklusif jarang-jarang kita dapat tengok kehidupan sebenar geng-geng yg terkenal taiko besar di Jepun. Ini semua jasa dari seorang jurufoto dan Belgium iaitu Anton Kusters yang menghabiskan masa selama 2 tahun bersama-sama dengan salah satu kumpulan Yakuza iaitu "893"
"893-Yakuza is a personal visual account of the life inside an inaccessible subculture: a traditional Japanese crime family that controls the streets of Kabukicho, in the heart of Tokyo, Japan," says Kusters.

Pengalaman yang beliau perolehi telah diabadikan dalam sebuah buku edisi terhad yang dikenali sebagai "Odo Yakuza Tokyo". Buku tersebut laris bagai goreng pisang panas ..sebaik sahaja dilancarkan pada tarikh 30hb Oktober 2011.

Jom tengok gambar-gambar yang beliau sempat tangkap :
Dengan bangganya Ahmad Hussein (bukan nama sebenar) menunjukkan tatto di dada
Sedang bersembang sesama ahli kepala siapa nak dipancung hari ni..
Lu langgar tempat gua..gua bommm lu !!!!
"Jauh lagi ke kedai mamak tu Ahmad? tak sabar nak makan roti canai nih !"
Sedang menambah koleksi tatoo di badan.
Ini bukan mangsa mercun. Kod etika Yakuza sangat tebal .. kalau gagal menjalankan tugas untuk mohon maaf , jari akan menjadi mangsa .. bukan orang lain yang kerat ..diri sendiri yang kerat jari tu
Depa pun tau jugak nak bermandi manda - moral of story "selalu lah mandi"
Bos dah sampai !!! semua BERBARISSS !!!!!
Ko-Kurikulum sebelah petang. Setiap ahli kena pandai seni mempertahankan diri .. kalau tak..memang mati katak la lu !!
Orang-orang penting Yakuza yang telah pergi selamanya.






Sempat berposing sebelum bergerak mengutip wang hasil


No comments:

Post a Comment