PENCARIAN

Monday, September 19, 2011

Kuah Kacang @ Kuah Sate (I)

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sebelum nak cerita panjang, nak bagitahu dulu, kuah kacang ni cheq sue buat masa balik kg minggu lepas. Ibunda nak beraya enam, ditanyanya kita apa nak buat. Aiseymannnn...kite pulak yang lemah semangat. Ketupat dah buat 3 kg...dikias-kiasnya pulak nak makan kuah kacang dan nasi kapit (nasi impit). Tang nasi impit tu xpe lagi, bila dengar aje kuah kacang, mula lah hati berdegup2 macam nak terima pinangan.

Cheq sue ni secara jujur dan ikhlas mengakui memang tak reti nak buat kuah kacang yang sedap. Eh...kalau yang tak sedap tu kita main hantam saja kan???? Selalu kalau buat kuah kacang ni ade aje yang tak kena kat mana-mana. Itu kurang, ini kurang sampaikan cheq sue dah naik fedap nak membuatnya. Tengah2 dok fikir kuah kacang tu, dikeluarkannya pulak daging dalam 2 kg. Aaaaaaaa sudah! Itu pun satu hidangan yang memang selalu 'fail' bila buat. Tapi bila mengenangkan ibunda dok menyebut-nyebut bende sama, nak tak nak memang kena buat jugak...

Cheq sue dah bookmark resepi Che Mat untuk kuah kacang tu, tapi kat rumah xde pulak stok udang kering, pastu guna belacan pulak, nampak kejadiannya macam pekat aje...tak jadilah cheq sue try resepi tu. Ibunda ngan ayahanda tu kalau kuah2 pekat xmaunya deme...nak yang cair2 sikit... Bila dok Google sana sini, cheq sue jumpa lah resepi ni...

Alhamdulillah dengan niat yang betul tujuan yang ikhlas, akhirnya menjadi jugak kuah kacang tersebut... Kalau ada yang nak cuba, cheq sue ada C&P link dan resepinya tu.... Wassalam...


KUAH KACANG @ KUAH SATE (I)
Sumber : umi-amir.blogspot.com

Bahan-bahan :
-1 kg kacang tanah(digoreng dan ½ blend halus dan ½ lagi kasar)
-6 ulas bawang merah *
-6 ulas bawang putih * yang ni masuk 1 biji je
-4 biji buah keras * kat rumah xde. tak masukkan
-2cm halia *
-20 biji cili kering ( terpulang kalau nak pedas leh tambah lagi) *
-Sedikit belacan (tapi Umi selalu ganti ngan ikan bilis) * cheq sue tak bubuh
-2cm lengkuas dititik
-4 batang serai dititik
-1 cawan air asam jawa
-Garam dan gula secukup rasa (kalau nak kuah kacang yang agak manis tambah gula lebih sikit,Umi selalu guna gula kabung tp gula biasa pun best gak)
-Cheq sue gunakan santan dalam 2 biji kelapa (kalau guna air ni alamat ayahanda kata 'tak sedap' laaa.....)

Caranya:
- Kisar halus bahan2 *
- panaskan minyak, masukkan bahan2 yang dikisar halus, serai dan lengkuas yang dititik sehingga naik bau..
- masukkan air asam jawa, garam dan gula (yang ni agak2 je,nanti bila dah masuk kacang leh tambah lagi kalau kurang umph). cheq sue masukkan nissan 1 keping
- Sekarang kita masukkan kacang dan gaul rata…lepas tu kita tambah santan air sikit agak-agak 2 cawan okla, biarkan kuah kacang ni hingga pecah minyak dan sekali sekala kacau takut hangit bawah dia,
- rasakan masam manis dan masin nya, bila dah pekat tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan sate atau nasi himpit, senangkan. Jom cuba….

No comments:

Post a Comment